Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis apabila situasi pergolakan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara kelihatan bertambah memuncak.

Pada 5 petang, mata wang tempatan itu turun kepada 3.0635/0675 daripada 3.0450/0480 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata kebimbangan politik mencetuskan permintaan bagi aset selamat dengan franc Swiss menerajui kenaikan pada Khamis.

"Para pelabur kemungkinan menyimpan wang mereka dalam aset yang dianggap selamat untuk mengurangkan pegangan risiko mereka," jelasnya.

Berbanding dolar Singapura, ringgit diniagakan rendah pada 2.3912/3949 daripada 2.3843/3885 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7384/7437 daripada 3.6829/6883 sebelumnya.

Unit tempatan juga diniagakan rendah berbanding pound British kepada 4.9447/9521 daripada 4.9378/9436 pada Rabu dan lemah berbanding Euro kepada 4.2110/2171 daripada 4.1774/1822 sebelumnya.

0 comments:

Copyright © 2009 - Forex Trading - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Blogger Theme distributed by FREE Templates 4U